Profil Korporat

Submitted by ja5onjs on Wed, 11/01/2017 - 14:26

LATAR BELAKANG

 

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta LPKP 1987 (Akta 334) bertujuan untuk melaksana dan menguatkuasa akta tersebut serta kaedah-kaedah yang telah diperuntukkan di bawahnya mengenai pelesenan dan pengawalseliaan kenderaan perdagangan dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

 

Pada tahun 2009, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah dan Sarawak telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan menguatkuasakan Akta LPKP 1987 (Akta 334) setelah pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

 

Ibu pejabat LPKP Sabah terletak di Kota Kinabalu, manakala, dua (2) pejabat cawangan terletak di Tawau dan Sandakan.

 

Ibu pejabat LPKP Sarawak pula terletak di Kuching, LPKP Sarawak turut mempunyai dua (2) pejabat cawangan iaitu (Zon Utara) di Miri dan (Zon Tengah) di Sibu.

 

VISI

 

“Peneraju Transformasi Perkhidmatan Kenderaan Perdagangan Bertaraf Dunia”

 

MISI

 

“Memastikan Perkhidmatan Pelesenan Kenderaan Perdagangan Berdaya Saing Tinggi, Telus, Berintegriti Dan Bersepadu”