TATACARA PERMOHONAN LINTAS SEMPADAN BAGI KELAS LESEN PEMBAWA DARI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN.

Submitted by ja5onjs on Mon, 04/15/2019 - 10:13
Tuan/Puan,
Bagi tujuan penyelarasan borang permohonan dan jenis urusan dikaunter LPKP Sabah, semua permohonan mendapatkan atau memperbaharui permit di LPKP Sabah bagi Kelas Lesen Pembawa dari Negara Brunei Darussalam, syarikat dikehendaki untuk mematuhi tatcara permohonan berikut:
 
     i.        Permohonan Baharu
a.    Mengemukakan Borang Permohonan Baharu bagi kelas lesen Pembawa (Borang LPKP 2 (2017)
b.    mengemukakan bukti depoh di Sabah  bersama surat PBT dan perlu menyertakan salinan geran, salinan surat kebenaran daripada pemilik tanah (jika berkaitan), salinan surat perjanjian jual beli (jika berkaitan) dan gambar depoh;
c.     mengemukakan perjanjian pengangkutan dengan syarikat di Negeri Sabah yang bersetem hasil dan masih berkuatkuasa;
d.    mengemukakan Surat Sokongan Permit Kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Darat Negara Brunei Darussalam yang masih berkuatkuasa;
e.    mengemukakan salinan Kad Kenderaan (Blue Card); dan
f.     mengemukakan maklumat pendaftaran syarikat yang menyatakan maklumat pemilikan syarikat.
 
    ii.        Permohonan Memperbaharui / Permohonan Semula
a.    mengemukakan  borang Pemrohonan Memperbaharui Borang LPKP 11 (2017) atau borang Permohonan Semula Borang LPKP 19 (2017).
b.    mengemukakan bukti depoh di Sabah  bersama surat PBT dan perlu menyertakan salinan geran, salinan surat kebenaran daripada pemilik tanah (jika berkaitan), salinan surat perjanjian jual beli (jika berkaitan) dan gambar depoh;
c.     mengemukakan perjanjian pengangkutan dengan syarikat di Negeri Sabah yang bersetem hasil dan masih berkuatkuasa;
d.    mengemukakan Surat Sokongan Permit Kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Darat Negara Brunei Darussalam yang masih berkuatkuasa;
e.    mengemukakan salinan asal Permit LPKP terdahulu;dan
f.     mengemukakan salinan Kad Kenderaan (Blue Card).
 
  iii.        Permohonan Ubahsyarat
a.    mengemukakan Borang Permohonan Ubahsyarat  bagi kelas lesen pembawa Borang LPKP 15 (2017)
b.    Syarat dan dokumen wajib adalah seperti di Senarai Semakpermohonan Ubahsyarat sedia ada di sini.
 
Sehubungan itu, kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini adalah amat dihargai.
 
Terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
 
NORAZIAH BINTI ASLAN
Penolong Pengarah
Bahagian Pelesenan
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah
 
Tel :    088 – 238 244 (Samb. 14)
Fax:    088 – 238 144