Bidang Kuasa Dan Fungsi

Submitted by ja5onjs on Wed, 11/01/2017 - 09:23

Bidang kuasa dan fungsi LPKP Sabah dan Sarawak sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta LPKP 1987 (Pindaan 1998) adalah seperti berikut:

 

  1. Menimbang dan meluluskan permohonan untuk mendapatkan lesen baru, membaharui dan ubahsyarat bagi semua kelas lesen kenderaan perdagangan di seluruh negeri Sabah dan Sarawak masing-masing;

 

  1. Mengenakan syarat-syarat ke atas semua kelas lesen kenderaan perdagangan yang meliputi penetapan kadar tambang, penentuan peringkat tambang, jadual perjalanan, bilangan penumpang, kawasan operasi, berat dan jenis barang-barang, hal-hal pengendalian dan syarat-syarat khas yang lain;

 

 

  1. Menggantung, membatal atau mengenakan apa-apa hukuman yang sesuai atas mana-mana kelas lesen kenderaan perdagangan yang disabitkan kesalahan melanggar syarat lesen atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta LPKP 1987 (Pindaan 1998) serta kaedah-kaedah yang diperbuat dibawahnya serta undang-undang lain yang berkuat kuasa;

 

  1. Menentukan tempoh kuatkuasa lesen bagi semua kelas lesen kenderaan perdagangan;

 

  1. LPKP Sabah: mengeluarkan semua lesen kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam untuk negeri Sabah dan lesen sementara ke atas kenderaan perdagangan dari Sarawak, Brunei dan Kalimantan (Indonesia) yang memasuki Sabah;

 

  1. LPKP Sarawak: melesenkan kenderaan perdagangan dari Sabah, Brunei, dan Kalimantan Barat Indonesia atau negara lain yang dibenar beroperasi di Sarawak;

 

  1. Membuat kajian laluan baru sebelum memberi pertimbangan ke atas permohonan untuk mendapatkan lesen bas bagi laluan-laluan yang dipohon;

 

  1. Mengumpul rekod, penyata kewangan, statistik atau dokumen lain berhubung perniagaan pemegang lesen  kenderaan perdagangan;

 

  1. Menentukan prosedur permohonan, memproses dan menimbang permohonan lesen, mengenakan bayaran, menetapkan penalti dan menentukan tanda pengenalan kepada kenderaan perdagangan;

 

  1. Melaksanakan tugas-tugas yang berhubung dengan penguatkuasaan ke atas syarat-syarat lesen kenderaan perdagangan.