Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates

 

Soalan Kaji Selidik Awam Penyerahan Maklumat Tahunan Penumpang Oleh Bas Berhenti-Henti Dan Bas Mini Di Sabah & W.P Labuan

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah sedang membuat soal selidik bertujuan untuk mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung cadangan untuk mewajibkan semua pemegang kelas lesen Bas Berhenti-henti (BB) dan Bas Mini (BM) di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk menyerahkan maklumat tahunan penumpang.

Peningkatan penggunaan pengangkutan awam adalah salah satu tanda aras bagi negara maju. Selaras dengan Teras Strategi 4.1; Dasar Pengangkutan Negara dan juga aspirasi Sabah Maju Jaya, LPKP Sabah akan mula menganalisis statistik penumpang (ridership) pengangkutan awam di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi membolehkan perbandingan terhadap penanda aras secara berterusan dengan mengguna pakai indikator kemampanan antarabangsa untuk semua peringkat perancangan pengangkutan dengan semua agensi berkaitan.

Kaji selidik ini bermula dari 8 April 2022 hingga 15 Mei 2022 menerusi pautan https://forms.gle/JY5q2MrJmgKfYD1i8.

Sekian, terima kasih.