Bidang kuasa dan fungsi LPKP Sabah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta LPKP 1987 (Pindaan 1998) adalah seperti berikut:
- Menimbang dan meluluskan permohonan untuk mendapatkan lesen baru, membaharui dan ubahsyarat bagi semua kelas lesen kenderaan perdagangan di seluruh negeri Sabah dan W.P Labuan masing-masing.
- Mengenakan syarat-syarat ke atas semua kelas lesen kenderaan perdagangan yang meliputi penetapan kadar tambang, penentuan peringkat tambang, jadual perjalanan, bilangan penumpang, kawasan operasi, berat dan jenis barang-barang, hal-hal pengendalian dan syarat-syarat khas yang lain.
- Menggantung, membatal atau mengenakan apa-apa hukuman yang sesuai atas mana-mana kelas lesen kenderaan perdagangan yang disabitkan kesalahan melanggar syarat lesen atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta LPKP 1987 (Pindaan 1998) serta kaedah-kaedah yang diperbuat dibawahnya serta undang-undang lain yang berkuat kuasa.
- Menentukan tempoh kuatkuasa lesen bagi semua kelas lesen kenderaan perdagangan.
- LPKP Sabah: mengeluarkan semua lesen kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam untuk negeri Sabah dan W.P Labuan untuk lesen sementara ke atas kenderaan perdagangan dari Sarawak, Brunei dan Kalimantan (Indonesia) yang memasuki Sabah.
- Membuat kajian laluan baru sebelum memberi pertimbangan ke atas permohonan untuk mendapatkan lesen bas bagi laluan-laluan yang dipohon.
- Mengumpul rekod, penyata kewangan, statistik atau dokumen lain berhubung perniagaan pemegang lesen kenderaan perdagangan.
- Menentukan prosedur permohonan, memproses dan menimbang permohonan lesen, mengenakan bayaran, menetapkan penalti dan menentukan tanda pengenalan kepada kenderaan perdagangan.
- Melaksanakan tugas-tugas yang berhubung dengan penguatkuasaan ke atas syarat-syarat lesen kenderaan perdagangan.