LATAR BELAKANG
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta LPKP 1987 (Akta 334) bertujuan untuk melaksana dan menguatkuasa akta tersebut serta kaedah-kaedah yang telah diperuntukkan di bawahnya mengenai pelesenan dan pengawalseliaan kenderaan perdagangan dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Pada tahun 2009, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan menguatkuasakan Akta LPKP 1987 (Akta 334) setelah pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Kemudian,pada tahun 2018, LPKP telah diletakkan dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Ibu pejabat LPKP Sabah terletak di Kota Kinabalu, manakala, dua (2) pejabat cawangan terletak di Tawau dan Sandakan.
VISI
“Peneraju Transformasi Perkhidmatan Kenderaan Perdagangan Bertaraf Dunia”
MISI
“Memastikan Perkhidmatan Pelesenan Kenderaan Perdagangan Berdaya Saing Tinggi, Telus, Berintegriti Dan Bersepadu”