Sesi Libat Urus Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah) bersama Persatuan Lori di Sabah berlangsung di Bilik Mesyuarat LPKP Sabah, Kota Kinabalu hari ini (10 Mac 2025).Sesi yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah LPKP Sabah, Boney Joumil itu bertujuan untuk memperhalusi syarat dan peraturan yang melibatkan kenderaan pembawa / kontena bagi memastikan industri terlibat dapat beroperasi dengan lancar.
Wakil persatuan diketuai oleh Pengerusi Gabungan Persatuan Lori Kontena Kota Kinabalu, Joseph Chong.
Turut hadir Ketua Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ Negeri Sabah, Ts. Mahamad Rashid Ibrahim dan Ketua Bahagian Penguatkuasaan, JPJ Sabah, Misnan Tamimi.


