Selasa - 25 Mac 2025, 10:41 AM
Search
New Project 2

OFFICIAL PORTAL

KERETA SEWA

Kereta Sewa 2
DASAR UMUM DASAR PENGELUARAN LESEN
Tafsiran Akta 344 Kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam atau, dalam kawasan yang dibenarkan oleh Lembaga, dua belas orang (dalam semua keadaan termasuk pemandunya) yang digunakan untuk membawa penumpang pada satu perjalanan sebagai balasan kepada bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka.
Jenis Perkhidmatan i. Kereta Sewa Seluruh Sabah
ii. Kereta Sewa Laluan Terhad
iii. Kereta Sewa Bahagian
Kategori Pemohon i. Individu
ii. Syarikat Tunggal/Perkongsian
iii. Syarikat Sdn Bhd/Syarikat Bhd
iv. Koperasi
❖ Pengeluaran lesen kereta sewa dibuka mengikut keperluan
❖ Pengeluaran lesen kereta sewa laluan terhad dibekukan
❖ Permohonan kereta sewa bahagian hanya dibuka kepada pemegang lesen teksi (TX) dan teksi luar bandar (TQ) sedia ada sahaja
Kawasan Operasi i. Kereta Sewa Seluruh Sabah:
Berpangkalan di Daerah tertentu dan beroperasi seluruh Sabah dan mesti bermula daripada pangkalan.
ii. Kereta Sewa Laluan Terhad:
Beroperasi berdasarkan laluan yang diluluskan dari satu Daerah ke satu Daerah
iii. Kereta Sewa Bahagian
Beroperasi sekitar bahagian yang diluluskan
a) Bahagian Pantai Barat : Daerah Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Putatan, Ranau dan Tuaran
b) Bahagian Sandakan : Daerah Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Telupid, dan Tongod
c) Bahagian Tawau : Daerah Kalabakan, Kunak, Lahad Datu, Semporna dan Tawau
d) Bahagian Pedalaman : Daerah Beaufort, Keningau, Kuala Penyu, Nabawan, Sipitang, Tambunan dan Tenom.
Jenis Kenderaan i. Saloon
a) Bil. Penumpang: 5 tempat duduk/4 penumpang
b) Semua jenama dan model kenderaan yang memenuhi sekurangkurangnya taraf tiga (3) bintang ASEAN NCAP atau yang setara dengannya
※ Bagi lesen Kereta Sewa Bahagian sahaja
ii. MPV
a) Bil. Penumpang: 7 tempat duduk/6 penumpang
b) Semua jenama dan model kenderaan yang memenuhi sekurangkurangnya taraf tiga (3) bintang ASEAN NCAP atau yang setara dengannya ※ Bagi lesen Kereta Sewa Seluruh Sabah dan Bahagian Sahaja
iii. 4WD
a) Bil. Penumpang: 5 tempat duduk/4 penumpang
b) Semua jenama dan model kenderaan yang memenuhi sekurangkurangnya taraf tiga (3) bintang ASEAN NCAP atau yang setara dengannya ※ Bagi lesen Kereta Sewa Seluruh Sabah dan Bahagian Sahaja
iv. Van
a) Bil. Penumpang: 12 tempat duduk termasuk pemandu
b) Semua jenama dan model kenderaan yang memenuhi sekurangkurangnya taraf tiga (3) bintang ASEAN NCAP atau yang setara dengannya
※ Bagi lesen Kereta Sewa Seluruh (Laluan Terhad) Sahaja
Usia Kenderaan: Had Umur: 20 tahun (Saloon/ MPV), 30 tahun (4WD/JIP)
Tempoh Kelulusan Lesen 3 Tahun/Bilangan tahun sehingga mencapai had umur yang ditetapkan
Sistem Tambang Kadar tambang berdasarkan jarak bagi setiap penumpang
Kadar Tambang Hawa Dingin: 22.8 sen/km
Tanpa Hawa Dingin: 20.5sen/km
Tanda Badan i. Tanda badan (body marking):
Jenis perkhidmatan teksi serta nama syarikat/koperasi/ individu tertera pada kedua-dua pintu hadapan kenderaan.
ii. Warna kenderaan:
a) Kereta sewa seluruh Sabah – bumbung kuning, badan bebas selain warna merah & kuning.
b) Kereta sewa laluan terhad – bumbung kuning, badan putih keseluruhan
c) Kereta sewa bahagian - badan bebas
iii. Struktur panel:
a) Kereta sewa seluruh Sabah – menggunakan latar belakang berwarna putih pada struktur panel berlampu; dan mempamerkan perkataan 'KERETA SEWA' pada bahagian hadapan struktur panel
b) Kereta sewa bahagian - menggunakan latar belakang berwarna kuning pada struktur panel berlampu; dan mempamerkan perkataan 'KERETA SEWA' pada bahagian hadapan struktur panel
Pemasangan Global Positioning System (GPS) Wajib bagi Kereta Sewa Laluan Terhad & Kereta Sewa Bahagian
Kriteria Pemohon Yang Layak
Individu/ Syarikat Tunggal/ Perkongsian Syarikat Sdn Bhd/Berhad/Korperasi
a) Warganegara Malaysia.
b) Memiliki sijil kelahiran bagi setiap pemilik.
c) Mempunyai lesen memandu CDL dan PSV.
d) Penduduk asal daerah berkenaan dan menetap di daerah tersebut.
e) Mengemukakan Lesen Berniaga yang dikeluarkan oleh pihak PBT berkaitan KECUALI permohonan atas nama individu.
f) Hanya dibenarkan memiliki 1 unit lesen sahaja.
g) Bukti modal RM10,000 bagi setiap unit yang dipohon atau telah memiliki kenderaan yang dibenarkan untuk dilesenkan sebagai kereta sewa
a) Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
b) Memiliki lesen berniaga yangdikeluarkan oleh pihak PBT berkaitan yang masih berkuatkuasa.
c) Memiliki sijil kelahiran bagi setiap pemegang ekuiti.
d) Bukti modal RM10,000 bagi setiap unit yang dipohon atau telah memiliki kenderaan yang dibenarkan untuk dilesenkan sebagai kereta sewa.
e) Sokongan/Kelulusan pihak berkuasa tempatan bagi tempat letak kenderaan di perhentian/ terminal pangkalan asal dan destinasi akhir.
EDSLPELAN_OACP_LPKP_SABAH-1
EDSL
portal rasmi lpkp sabah e1694417656286
notis selenggara myidentity
Kadar Tambang
KERETA SEWA
TANPA HAWA DINGIN BERHAWA DINGIN
RM0.21 / KM RM0.23 / KM
Kadar Tambang
TEKSI LAPANGAN TERBANG MENGGUNAKAN KUPON
KADAR TAMBANG TEKSI LAPANGAN TERBANG
Kadar Tambang
TEKSI
JARAK MASA
RM10 / 3KM PERTAMA RM10 / 9 MINIT PERTAMA
RM0.12 / 100 M BERIKUTNYA RM0.12 / 18 SAAT BERIKUTNYA
Kadar Tambang
Bas Sekolah
MINIMUM MAKSIMUM
JARAK KURANG 5KM – RM34.30 JARAK LEBIH 60 KM – RM137.30
Kadar Tambang
Bas Mini
TANPA HAWA DINGIN BERHAWA DINGIN
RM0.18 / KM RM0.20 /KM
Kadar Tambang
Bas Berhenti-henti