Perkhidmatan Bas Ekspres merupakan salah satu perkhidmatan pengangkutan awam yang penting dalam menghubungkan daerah-daerah utama di Sabah terutama bagi memenuhi permintaan pada musim perayaan.
Sehubungan itu, bagi memastikan perkhidmatan ini sentiasa selari dengan keperluan semasa, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah) telah mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Bas Ekspres Sabah hari ini (11 Mac 2025).
Sesi dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah LPKP Sabah, Boney Joumil manakala wakil persatuan diketuai oleh Pengerusi Persatuan Pengusaha Dan Pemandu Bas Ekspres Sabah, Datuk Donald Hanapi.


