LPKP Sabah sentiasa berusaha untuk memastikan pengendali EHO di Sabah mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Untuk itu, LPKP Sabah Cawangan Sandakan dengan kerjasama JPJ Sandakan telah menjalankan Ops Pemantauan E-Hailing di Lapangan Terbang Sandakan baru-baru ini.
Operasi yang melibatkan 6 anggota LPKP Sabah dan 5 anggota JPJ itu telah membuat pemeriksaan kepada 30 kenderaan e-hailing dan satu kenderaan kereta sewa.
Dalan operasi tersebut, LPKP Sabah dan JPJ masing-masing telah mengeluarkan satu notis peringatan dan satu saman.
Operasi serupa akan dijalankan secara berterusan.



