Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah telah memeriksa 19 buah kenderaan dalam Operasi Bersepadu LPKP Sabah Cawangan Tawau dan JPJ Tawau yang diadakan Jalan Lapangan Terbang Tawau hari ini.
Jenis kenderaan yang telah diperiksa melibatkan e-hailing sebanyak 14 buah, kereta sewa sebanyak tiga buah dan bas berhenti-henti sebanyak dua buah.



