embaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah sentiasa berusaha untuk memastikan setiap dasar yang dilaksanakan dapat dinikmati oleh semua kumpulan pengusaha kenderaan pengangkutan awam.Bagi merealisasikan usaha ke arah itu, beberapa Sesi Libat Urus LPKP Sabah telah dilaksanakan pada 17 Oktober 2025 di daerah Sandakan yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi LPKP Sabah, Vivian Wong.Sesi Libat Urus LPKP Sabah yang telah dijalankan secara berasingan adalah bersama dengan pengusaha bas berhenti-henti Sandakan, sesi bersama Persatuan Teksi Bandar Sandakan dan Persatuan Teksi Airport Sandakan serta sesi bersama pengusaha MAXIM Sandakan.
Turut diadakan adalah Mesyuarat Anggota Lembaga LPKP Sabah yang dipengerusikan oleh Vivian.
Hadir sama, Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir serta timbalannya, Bone



