Mesyuarat bagi menambah baik perkhidmatan kenderaan perdagangan di daerah Sandakan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bakungan, Majlis Perbandaran Sandakan pada 12 Julai 2024.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah), Vivian Wong 黄诗怡 yang turut dihadiri oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Henry Idol.
Dalam mesyuarat tersebut, LPKP Sabah dan MPS bersetuju bagi cadangan mewujudkan depo kenderaan pengangkutan yang lebih sistematik bagi kemudahan syarikat terlibat serta selaras dengan syarat lesen LPKP Sabah.
Turut dibincangkan adalah penambahbaikan sistem tiket bagi perkhidmatan bas ekspres yang beroperasi di terminal baharu daerah Sandakan.
Terdahulu, Vivian telah mempengerusikan Mesyuarat Anggota LPKP Sabah Bilangan 7 Tahun 2024 serta turut mengadakan perjumpaan dengan beberapa persatuan dan pengusaha bagi membincangkan isu-isu berkaitan.



