Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah), Dairin Unsir menerima kunjungan daripada Persatuan Perpaduan Pengusaha Bas Henti Henti Daerah Sandakan di pejabat beliau hari ini.
Kunjungan yang diketuai oleh pengerusi persatuan, Basir Abdul Muin itu bertujuan untuk menyampaikan cadangan daripada persatuan bagi menjaga kebajikan ahlinya serta menambah baik perkhidmatan bas berhenti-henti di Sandakan.


