KUCHING : Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah), Vivian Wong 黄诗怡 (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin (tiga dari kiri) semasa kunjungan beliau kepada Lee bertempat di Bangunan Baitulmakmur, Kuching, Sarawak hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, kedua pihak bersetuju untuk mengkaji semula dasar sedia ada berkaitan lesen rentas sempadan yang melibatkan lori pembawa / kontena dari Sarawak ke Sabah.
Dalam kunjungan itu juga, Lee turut memaklumkan berkenaan rancangan Kementerian Pengangkutan Sarawak untuk mewujudkan depo di Miri yang dikhaskan kepada lori pembawa ke Brunei / Sabah.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi LPKP Sabah, Datuk Musa Sulaiman serta Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir.
