Antara pelanggaran syarat yang dilakukan adalah gagal mempamerkan jadual tambang pada bas berhenti-henti serta gagal menunjukkan lesen asal atau pendua bagi lori pembawa.
LPKP Sabah telah memeriksa sebanyak 43 buah kenderaan dengan pecahan 10 lori pembawa A, satu buah lori pembawa C, 10 buah bas berhenti-henti, 3 buah kereta sewa serta 8 buah kenderaan e-hailing.
Operasi diketuai oleh Jabatan Alam Sekitar Sabah. Turut serta Jabatan Pengangkutan Jalan Sabah dan Polis Cawangan Trafik Kota Kinabalu.
Operasi diadakan bersempena dengan Hari Kebangsaan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar.


