27 JUN 2024 – Syabas dan tahniah kepada warga LPKP Sabah yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2023 yang diadakan di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.
Turut disampaikan adalah Sijil Perkhidmatan Cemerlang serta Sijil Penghargaan 100% Pembayaran Bil dalam tempoh tujuh hari.
Adalah diharapkan agar pengiktirafan ini akan menjadi suntikan bagi seluruh warga LPKP Sabah dalam menjalankan tugas dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.














