Mesyuarat Kluster Pengangkutan Siri 1/2025 berlangsung di Bilik Mesyuarat LPKP Sabah, Kota Kinabalu hari ini (10 April 2025).
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir itu bertujuan untuk menyelaras program bagi meningkatkan sistem penyampaian dalam bidang pengangkutan selaras dengan agenda reformasi kerajaan.
Selain LPKP Sabah, jabatan / agensi lain yang turut terlibat dalam kluster ini adalah Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Kementerian Kerja Raya Sabah, Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sabah, Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu, Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan serta Jabatan Pengangkutan Jalan


