Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah), Vivian Wong menerima kunjungan Persatuan Perpaduan Bas Henti-Henti Sandakan pada 14 Mac 2025.
Antara yang dibincangkan dalam kunjungan tersebut adalah cadangan untuk menambahbaik perkhidmatan bas berhenti-henti di Sandakan.
Turut hadir, Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir serta Timbalan Pengarah LPKP Sabah, Boney Joumil.
Terdahulu, Vivian yang juga merupakan Ahli Parlimen Sandakan, telah mempengerusikan Mesyuarat Anggota Lembaga LPKP Sabah Bilangan 3 Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Kolej Komuniti Sandakan.


