Mesyuarat berkala setiap bulan ini diadakan bagi mempertimbangkan permohonan baharu, permohonan semula serta permohonan lain bagi pengusaha kenderaan pengangkutan awam dan barangan.
Turut dibincangkan adalah isu-isu serta cadangan untuk menambahbaik sistem pengangkutan di Sabah.
Terdahulu, Vivian turut menyampaikan Surat Tawaran Kelulusan (STK) kepada 18 pemegang lesen daerah Sandakan yang terlibat dalam Program Pemutihan Lesen Kelas Perkhidmatan Awam.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi LPKP Sabah, Datuk Musa Sulaiman; Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir; Timbalan Pengarah LPKP Sabah serta anggota Lembaga LPKP Sabah.


