LPKP Sabah sentiasa peka terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh semua pengusaha kenderaan perdagangan termasuk pengusaha lori.
Dalam hal ini, Pengerusi LPKP Sabah, Vivian Wong 黄诗怡 telah mengadakan Sesi Dialog Bersama Persatuan Pemilik dan Pemandu Lori Daerah Tawau bagi mendengar sendiri isu-isu yang melibatkan pengusaha terbabit.
Sesi yang diadakan pada 13 Jun 2025, bertempat di Bilik Mesyuarat LPKP Sabah Cawangan Tawau itu turut dihadiri oleh Ketua LPKP Sabah Cawangan Tawau, Mohamad Arif Sakka serta wakil persatuan.


