Sesi Libat Urus Lembaga LPKP Sabah bersama Majlis Daerah Putatan telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Putaran hari ini.
Sesi tersebut bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kenderaan perdagangan dan seterusnya membincangkan penyelarasan bersama bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan memberi impak positif kepada pihak terlibat.
LPKP Sabah diwakili oleh Ketua Sektor (Dasar dan Operasi), Boney Joumil manakala Majlis Daerah Putatan diwakili oleh Pegawai Tadbir, Jahara Saini.



