Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah) Cawangan Tawau telah membuat tinjauan ke salah satu depo di daerah Tawau.
Pewujudan depo merupakan syarat wajib bagi pelesen Pembawa A dan C yang ditetapkan di dalam syarat lesen yang dikeluarkan oleh LPKP Sabah yang antara lain bertujuan untuk memastikan kenderaan terbabit tidak diletakkan di kawasan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.




