Pengerusi LPKP Sabah, YB Vivian Wong mengadakan lawatan ke pejabat LPKP Sabah Cawangan Tawau hari ini.
Lawatan itu merupakan antara pengisian program selama dua hari Vivian di Tawau bermula semalam.
Terdahulu Vivian telah mempengerusikan Mesyuarat Anggota LPKP Sabah serta menghadiri program dialog bersama persatuan dan pengusaha kenderaan perdagangan daerah Tawau.

