25 September 2023 – Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, YB Vivian Wong menghadiri Majlis Dialog Pengerusi LPKP Sabah Bersama Persatuan dan Pengusaha Kenderaan Perdagangan Daerah Tawau di salah sebuah hotel di Tawau pada 25 September 2023.
Program bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli persatuan serta pengusaha kenderaan perdagangan di Tawau dan daerah berdekatan untuk memberikan pandangan serta mengemukakan aduan berkenaan isu-isu yang berkaitan.




