KERETA SEWA
DASAR UMUM | DASAR PENGELUARAN LESEN | |
---|---|---|
Tafsiran Akta 344 | Kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam atau, dalam kawasan yang dibenarkan oleh Lembaga, dua belas orang (dalam semua keadaan termasuk pemandunya) yang digunakan untuk membawa penumpang pada satu perjalanan sebagai balasan kepada bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka. | |
Jenis Perkhidmatan |
i. Kereta Sewa Seluruh Sabah ii. Kereta Sewa Laluan Terhad |
|
Kategori Pemohon |
i. Individu ii. Syarikat Tunggal/Perkongsian iii. Syarikat Sdn Bhd/Syarikat Bhd iv. Koperasi ❖ Pengeluaran lesen kereta sewa dibuka mengikut keperluan ❖ Pengeluaran lesen kereta sewa laluan terhad dibekukan. |
|
Kawasan Operasi |
i. Kereta Sewa Seluruh Sabah: Berpangkalan di Daerah tertentu dan beroperasi seluruh Sabah dan mesti bermula daripada pangkalan. ii. Kereta Sewa Laluan Terhad: Beroperasi berdasarkan laluan yang diluluskan dari satu Daerah ke satu Daerah. |
|
Jenis Kenderaan |
i. Saloon a) Bil. Penumpang: 5 tempat duduk/4 penumpang b) Semua jenama dan model kenderaan yang memenuhi sekurangkurangnya taraf tiga (3) bintang ASEAN NCAP atau yang setara dengannya ii. MPV a) Bil. Penumpang: 7 tempat duduk/6 penumpang b) Semua jenama dan model kenderaan yang memenuhi sekurangkurangnya taraf tiga (3) bintang ASEAN NCAP atau yang setara dengannya iii. 4WD a) Bil. Penumpang: 5 tempat duduk/4 penumpang b) Semua jenama dan model kenderaan yang memenuhi sekurangkurangnya taraf tiga (3) bintang ASEAN NCAP atau yang setara dengannya |
|
Usia Kenderaan: Had Umur: | 20 tahun (Saloon/ MPV), 30 tahun (4WD) | |
Tempoh Kelulusan Lesen | 3 Tahun | |
Sistem Tambang | Kadar tambang berdasarkan jarak bagi setiap penumpang | |
Kadar Tambang |
Hawa Dingin: 22.8 sen/km Tanpa Hawa Dingin: 20.5sen/km |
|
Tanda Badan |
i. Tanda badan (body marking): Jenis perkhidmatan teksi serta nama syarikat/koperasi/ individu tertera pada kedua-dua pintu hadapan kenderaan. ii. Warna kenderaan: a) Kereta sewa seluruh Sabah – bumbung kuning, badan bebas selain warna merah & kuning. b) Kereta sewa laluan terhad – bumbung kuning, badan putih keseluruhan |
Kriteria Pemohon Yang Layak | |
---|---|
Individu/ Syarikat Tunggal/ Perkongsian | Syarikat Sdn Bhd/Berhad/Korperasi |
a) Warganegara Malaysia. b) Memiliki sijil kelahiran bagi setiap pemilik. c) Pemohon milik tunggal mesti mempunyai lesen memandu CDL dan PSV. d) Pemohon adalah penduduk asal daerah berkenaan dan menetap di daerah tersebut. e) Mengemukakan Lesen Berniaga yang dikeluarkan oleh pihak PBT berkaitan KECUALI permohonan atas nama individu milik tunggal. f) Pemilikan tunggal hanya dibenarkan memiliki 1 unit lesen sahaja. g) Bukti modal RM20,000 bagi setiap unit yang dipohon atau telah memiliki kenderaan yang dibenarkan untuk dilesenkan sebagai kereta sewa. h) Sokongan / Kelulusan pihak berkuasa tempatan bagi tempat letak kenderaan di perhentian/ terminal pangkalan asal dan destinasi akhir. |
a) Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). b) Memiliki lesen berniaga yang dikeluarkan oleh pihak PBT berkaitan yang masih berkuatkuasa. c) Memiliki sijil kelahiran bagi setiap pemegang ekuiti. d) Bukti modal RM20,000 bagi setiap unit yang dipohon atau telah memiliki kenderaan yang dibenarkan untuk dilesenkan sebagai kereta sewa. e) Sokongan/Kelulusan pihak berkuasa tempatan bagi tempat letak kenderaan di perhentian/ terminal pangkalan asal dan destinasi akhir. |
Dasar Pelesenan KERETA SEWA
Semua Perkhidmatan
Main Menu