Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah) mengadakan sesi libat urus bersama pengendali e-hailing (EHO) bertempat di Bilik Mesyuarat LPKP Sabah, Kota Kinabalu hari ini (16 Mei 2025).
Sesi yang dipengerusikan oleh Pengerusi LPKP Sabah, Vivian Wong itu bertujuan untuk menetapkan lokasi geo-fencing bagi pengendali EHO di kawasan lapangan terbang di Sabah.


