Selasa - 17 Sept 2024, 5:16 PM
Cari
New Project 2

PORTAL RASMI

Profil lpkp sabah

86 big

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)

Telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta LPKP 1987 (Akta 334) bertujuan untuk melaksana dan menguatkuasa akta tersebut serta kaedah-kaedah yang telah diperuntukkan di bawahnya mengenai pelesenan dan pengawalseliaan kenderaan perdagangan dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Pada tahun 2018, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah dan Sarawak telah diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia dan menguatkuasakan Akta LPKP 1987 (Akta 334) setelah diserahkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Ibu pejabat LPKP Sabah terletak di Kota Kinabalu, manakala, dua (2) pejabat cawangan terletak di Tawau dan Sandakan.

Visi dan Misi LPKP Sabah

VISI

“Peneraju Transformasi Perkhidmatan Kenderaan Perdagangan Yang Progresif Dan Efisien”

MISI

“Memperkasa Kawalselia Kenderaan Perdagangan Yang Sistematik, Bersepadu, Selamat dan Berintegriti”

visi misi lpkp sabah 2023
high angle target with pin scaled

Objektif

TERAS STRATEGI

Mewujudkan peluang perniagaan melalui pemberian lesen kenderaan perdagangan kepada organisasi atau individu yang berkelayakan dan berminat dalam bidang ini.

Memberi latihan dan khidmat nasihat kepada pengusaha kenderaan perdagangan melalui kursus dan dialog bagi mengembangkan budaya keusahawanan dan meningkatkan kefahaman mereka tentang dasar serta peraturan baru LPKP.

Mewujudkan dasar dan peraturan baru bagi melindungi hak dan kepentingan pengusaha serta pengguna.

Mewujudkan suasana yang kondusif bagi melahirkan usahawan berdaya saing supaya kekal dan lebih kreatif dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Fungsi dan Bidang Kuasa

Bidang kuasa dan fungsi LPKP Sabah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta LPKP 1987 (Pindaan 1998) adalah seperti berikut:

1. Menimbang dan meluluskan permohonan untuk mendapatkan lesen baru, membaharui dan ubahsyarat bagi semua kelas lesen kenderaan perdagangan di seluruh negeri Sabah dan W.P Labuan masing-masing. 

2. Mengenakan syarat-syarat ke atas semua kelas lesen kenderaan perdagangan yang meliputi penetapan kadar tambang, penentuan peringkat tambang, jadual perjalanan, bilangan penumpang, kawasan operasi, berat dan jenis barang-barang, hal-hal pengendalian dan syarat-syarat khas yang lain.

3. Menggantung, membatal atau mengenakan apa-apa hukuman yang sesuai atas mana-mana kelas lesen kenderaan perdagangan yang disabitkan kesalahan melanggar syarat lesen atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta LPKP 1987 (Pindaan 1998) serta kaedah-kaedah yang diperbuat dibawahnya serta undang-undang lain yang berkuat kuasa. 

4. Menentukan tempoh kuatkuasa lesen bagi semua kelas lesen kenderaan perdagangan.

5. LPKP Sabah: mengeluarkan semua lesen kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam untuk negeri Sabah dan W.P Labuan untuk lesen sementara ke atas kenderaan perdagangan dari Sarawak, Brunei dan Kalimantan (Indonesia) yang memasuki Sabah.

6. Membuat kajian laluan baru sebelum memberi pertimbangan ke atas permohonan untuk mendapatkan lesen bas bagi laluan-laluan yang dipohon.

7. Mengumpul rekod, penyata kewangan, statistik atau dokumen lain berhubung perniagaan pemegang lesen  kenderaan perdagangan.

8. Menentukan prosedur permohonan, memproses dan menimbang permohonan lesen, mengenakan bayaran, menetapkan penalti dan menentukan tanda pengenalan kepada kenderaan perdagangan.

9. Melaksanakan tugas-tugas yang berhubung dengan penguatkuasaan ke atas syarat-syarat lesen kenderaan perdagangan.

EDSLPELAN_OACP_LPKP_SABAH-1
EDSL
portal rasmi lpkp sabah e1694417656286
notis selenggara myidentity
Kadar Tambang
KERETA SEWA
TANPA HAWA DINGIN BERHAWA DINGIN
RM0.21 / KM RM0.23 / KM
Kadar Tambang
TEKSI LAPANGAN TERBANG MENGGUNAKAN KUPON
KADAR TAMBANG TEKSI LAPANGAN TERBANG
Kadar Tambang
TEKSI
JARAK MASA
RM10 / 3KM PERTAMA RM10 / 9 MINIT PERTAMA
RM0.12 / 100 M BERIKUTNYA RM0.12 / 18 SAAT BERIKUTNYA
Kadar Tambang
Bas Sekolah
MINIMUM MAKSIMUM
JARAK KURANG 5KM – RM34.30 JARAK LEBIH 60 KM – RM137.30
Kadar Tambang
Bas Mini
TANPA HAWA DINGIN BERHAWA DINGIN
RM0.18 / KM RM0.20 /KM
Kadar Tambang
Bas Berhenti-henti