BAS Sekolah
DASAR UMUM | DASAR PENGELUARAN LESEN | |
---|---|---|
Tafsiran Akta 344 | Bas yang digunakan secara eksklusif untuk membawa murid atau kakitangan sekolah atau institusi pendidikan lain. | |
Jenis Perkhidmatan | TB | |
Kategori Pemohon |
i. Individu ii. Syarikat Tunggal/Perkongsian iii. Syarikat Sdn Bhd/Syarikat Bhd iv. Koperasi |
|
Kawasan Operasi | Tertakluk kepada kawasan sekolah- sekolah dalam daerah yang sama dan mendapat kelulusan LPKP Sabah. | |
Jenis Kenderaan |
a) Short Wheelbase (van): 8 tempat duduk @ 14 orang murid b) Long Wheelbase (van): 13 tempat duduk @ 18 orang murid c) Bas: 45 tempat duduk @ 60 orang murid |
|
Usia Kenderaan: | 30 tahun | |
Tempoh Kelulusan Lesen | 5 Tahun/ Bilangan tahun sehingga mencapai had umur yang ditetapkan. | |
Sistem Tambang | TB | |
Kadar Tambang | TB | |
Tanda Badan |
Warna kenderaan: Amber. a) Institusi pendidikan tinggi awam dan swasta adalah terkecuali daripada cat amber. Rujuk Kaedah Bas Sekolah (Warna dan Tanda) 1987. b) Dibenarkan warna korporat dengan kelulusan LPKP Sabah. |
Kriteria Pemohon Yang Layak
i)Individu/ Syarikat Tunggal/ Perkongsian
a) Pemilikan warganegara Malaysia.
b) Pemohon milik tunggal mesti mempunyai lesen memandu CDL dan PSV.
c) Pemilikan tunggal dibenarkan memiliki 1 unit lesen sahaja.
d) Mengemukakan Lesen Berniaga yang dikeluarkan oleh pihak PBT berkaitan KECUALI permohonan atas nama individu milik tunggal.
e) Mempunyai Sijil Lahir dan menetap di daerah yang dipohon.
ii)Syarikat Sdn Bhd/Berhad/Korperasi
a) Pemilikan warganegara Malaysia.
b) Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Sdn Bhd atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi korperasi.
c) Memiliki lesen berniaga yang dikeluarkan oleh pihak PBT berkaitan yang masih berkuatkuasa.
Dasar Pelesenan BAS SEKOLAH
Semua Perkhidmatan
Main Menu