Sabtu - 25 Jan 2025, 5:11 PM
Cari
New Project 2

PORTAL RASMI

Program Transformasi Bas Berhenti-Henti (Stage Bus Service Transformation -SBST)

Program Transformasi Bas Berhenti-henti (Stage Bus Service Transformation – SBST) adalah suatu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam yang mudah, stabil dan bersaling-hubungan sepanjang hari dengan struktur dan jadual yang mudah difahami. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan seterusnya memupuk minat orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam berbanding pengangkutan mod sendiri.

SBST mengguna konsep rangkaian ‘hub and spoke’ yang lebih efisen untuk orang ramai tiba ke destinasi dan operasinya dipantau melalui sistem elektronik dan moden.

Pada waktu ini, sejumlah peruntukan sebanyak RM17.6 juta setahun telah disediakan bagi pelaksanaan Fasa-1 SBST di Bandaraya Kota Kinabalu yang melibatkan laluan dari KKIA hingga Manggatal (4,630,112.3 km setahun). Dibawah kerangka SBST ini, bas-bas yang akan beroperasi terdiri daripada bas bersaiz mini yang mampu memuatkan sebanyak 30 orang penumpang. Bas hendaklah dilengkapi dengan paparan LED, CCTV, E-Ticket Machine (ETM), GPS, dan OBU. Pada waktu ini LPKP telah menawarkan tender SBST.

EDSLPELAN_OACP_LPKP_SABAH-1
EDSL
portal rasmi lpkp sabah e1694417656286
notis selenggara myidentity
Kadar Tambang
KERETA SEWA
TANPA HAWA DINGIN BERHAWA DINGIN
RM0.21 / KM RM0.23 / KM
Kadar Tambang
TEKSI LAPANGAN TERBANG MENGGUNAKAN KUPON
KADAR TAMBANG TEKSI LAPANGAN TERBANG
Kadar Tambang
TEKSI
JARAK MASA
RM10 / 3KM PERTAMA RM10 / 9 MINIT PERTAMA
RM0.12 / 100 M BERIKUTNYA RM0.12 / 18 SAAT BERIKUTNYA
Kadar Tambang
Bas Sekolah
MINIMUM MAKSIMUM
JARAK KURANG 5KM – RM34.30 JARAK LEBIH 60 KM – RM137.30
Kadar Tambang
Bas Mini
TANPA HAWA DINGIN BERHAWA DINGIN
RM0.18 / KM RM0.20 /KM
Kadar Tambang
Bas Berhenti-henti