BAS MINI
DASAR UMUM | DASAR PENGELUARAN LESEN | |
---|---|---|
Tafsiran Akta 344 | Bas yang muatannya duduknya tidak melebihi dua puluh enam orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa penumpang mengikut tambang berasingan. | |
Jenis Perkhidmatan | TB | |
Kategori Pemohon |
i. Individu ii. Syarikat Tunggal / Perkongsian iii. Syarikat Sdn Bhd / Syarikat Bhd iv. Koperasi ❖ Pengeluaran lesen Bas Mini adalah untuk Daerah tertentu kecuali Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan |
|
Kawasan Operasi |
a) Tidak melebihi 50 km atau dalam daerah yang sama. b) Tertakluk kepada kawasan yang dipohon dan diluluskan oleh LPKP.(daerah ke daerah berhampiran) |
|
Jenis Kenderaan | Van: 12 penumpang | |
Usia Kenderaan: |
a) 30 tahun b) Tiada Had Usia (Daerah selain Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan) |
|
Tempoh Kelulusan Lesen | 3 Tahun | |
Sistem Tambang | TB | |
Kadar Tambang |
Hawa Dingin:
20 sen/km Tanpa Hawa Dingin: 18 sen/km |
|
Tanda Badan |
Warna kenderaan: a) Sabah – Putih b) W.P Labuan – Warna berdasarkan zon laluan yang telah diluluskan oleh Lembaga. |
Kriteria Pemohon Yang Layak
a) Pemilikan Warganegara Malaysia.
b) Pemohon mestilah menetap di daerah/kampung tersebut.
c) Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Sdn Bhd atau Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) bagi Korperasi.
d) Memiliki lesen berniaga yang dikeluarkan oleh pihak PBT berkaitan yang masih berkuatkuasa
KECUALI permohonan atas nama individu milik Tunggal.
e) Pemilikan tunggal dibenarkan memiliki 1 unit lesen sahaja.
f) Bukti modal RM10,000 bagi setiap unit yang dipohon atau telah memiliki kenderaan yang
dibenarkan untuk dilesenkan sebagai bas mini.
g) Modal Berbayar RM100,000 bagi Syarikat Sdn Bhd.
h) Depoh kenderaan yang disokong/diluluskan oleh PBT.
i) Kawasan operasi tidak melebihi 50 km atau dalam daerah yang sama sahaja.
j) Sokongan / Kelulusan pihak berkuasa tempatan bagi tempat letak kenderaan di perhentian/
terminal pangkalan asal dan destinasi akhir.