PENGARAH LPKP SABAH
Kata Alu-Aluan Pengarah LPKP
Salam Sejahtera,
Saya ingin mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kerana melayari portal rasmi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP). Pada era dunia tanpa sempadan dengan maklumat di hujung jari, portal rasmi amat penting bagi sesebuah organisasi sebagai medium penyadur maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai.
LPKP Sabah akan terus komited dalam memastikan peranan dan fungsinya kekal relevan dalam industri pengangkutan darat yang mengalami perubahan yang pantas. Sebagai sebuah agensi yang menentukan hala tuju dan corak industri pengangkutan darat, adalah menjadi tanggungjawab LPKP Sabah untuk memastikan industri ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negeri Sabah, malah turut memenuhi kehendak penduduk setempat yang efisien, berkualiti, selamat dan berkos efektif.
Dalam usaha merealisasikan matlamat yang telah digariskan, LPKP Sabah sentiasa mengambil inisiatif untuk meningkatkan sistem penyampaian serta memastikan pengangkutan awam dan barangan sentiasa cekap dan berkesan dalam memenuhi aspirasi kerajaan dan kehendak rakyat. Selaras dengan misi untuk memastikan pengangkutan awam dan kenderaan barangan selamat, efisien dan berkos efektif, LPKP Sabah akan terus menggubal dasar-dasar agar dapat membantu mewujudkan industri kenderaan perdagangan yang lebih maju dan berdaya saing.
Akhir kata, segala usaha yang dilaksanakan dan kejayaan yang dikecapi adalah manifestasi kerjasama yang jitu yang diberikan oleh semua pihak. Semoga kualiti perkhidmatan dan pengangkutan awam negeri Sabah akan dapat dipertingkatkan dan standing dengan kualiti perkhidmatan bertaraf dunia pada masa akan datang.
Di sini, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan LPKP Sabah yang telah membantu membangunkan portal rasmi LPKP Sabah. Saya berharap usaha murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk mengemaskini maklumat mengenai perkembangan dan aktiviti terkini LPKP Sabah.
Selamat Melayari Portal Rasmi LPKP Sabah.
Pengarah
Lembaga Pelesenan kenderaan Perdagangan Sabah