Sebagai agensi yang mengawal selia kenderaan perdagangan di Sabah, LPKP Sabah turut hadir dalam Program Pelaksanaan Penguatkuasaan Pemakaian Tali Pinggang Keledar Ke Atas Bas Ekspres dan Bas Persiaran yang diadakan pada 4 Julai 2025 bertempat di Terminal KK Central.
Program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sabah itu telah diisi dengan taklimat kepada pengusaha oleh JPJ Sabah dan seterusnya ucapan oleh Pengarah JPJ Negeri Sabah, Datuk Haji Mohd Harris Ali.
Seterusnya, Harris turut mengedarkan risalah kempen pemakaian tali pinggang kepada penumpang bas ekspres di sekitar Terminal KK Central, disusuli oleh sidang media.
Tahniah JPJ Sabah atas usaha murni!



