Sesi Libat Urus Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah) dan Chartered Institute of Logistics and Transports Malaysia Sabah (CILT Sabah) telah diadakan di Bilik Mesyuarat LPKP Sabah, Kota Kinabalu hari ini (11 Ogos 2025). Sesi dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah LPKP Sabah, Boney Joumil, manakala CILT Sabah diketuai oleh Pengerusinya, TS Daniel Doughty.



