LPKP Sabah dan Polis Sandakan akan mengadakan OPS Bersepadu semasa Bulan Kebangsaan 2025 bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan awam dan kenderaan perdagangan berada dalam keadaan terkawal.
Komitmen tersebut dinyatakan semasa kunjungan Ketua Cawangan LPKP Sabah Cawangan Sandakan, Mohd Shuaib Ahmad kepada Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sandakan, ASP Freedy Untun di pejabat beliau hari ini.


