Dalam kunjungan tersebut, Ewon telah diberi penerangan berkenaan fungsi dan peranan serta program utama yang akan dilaksanakan oleh LPKP Sabah pada tahun ini.
Antaranya adalah pelaksanaan BAS.MY di Kota Kinabalu di bawah inisiatif Program Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST) yang akan bermula secara berperingkat pada pertengahan Februari 2026.
Dalam kunjungan itu juga, kedua agensi sepakat untuk bekerjasama dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif kerajaan terutama yang melibatkan pengangkutan awam darat di Sabah.


