Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Haji Hasbi Habibollah mengadakan Lawatan Kerja ke LPKP Sabah hari ini. Dalam lawatan tersebut, Datuk Haji Hasbi telah diberikan taklimat berkenaan fungsi dan peranan LPKP Sabah oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelesenan, Encik Arfian Julian. Lawatan ini merupakan salah satu pengisian program dua hari Datuk Haji Hasbi di Sabah bermula semalam. Datuk Haji Hasbi dijadualkan akan mengadakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Menteri Sabah esok. Turut hadir semasa sesi lawatan kerja berkenaan ialah Setiausaha Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Tuan Wan Mohd Asraf Wan Salleh.




