Sesi Libat Urus LPKP Sabah bersama pengendali EHO di Sabah berlangsung di Bilik Mesyuarat LPKP Sabah Kota Kinabalu pada 23 Mei 2024.
Perjumpaan berkenaan sebagai platform untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan EHO di Sabah dan seterusnya bertukar pandangan bagi menambahbaik perkhidmatan EHO untuk kebaikan pihak-pihak terlibat.
Sesi dipengerusikan oleh Ketua Sektor Dasar dan Operasi LPKP Sabah, Boney Joumil.
Syarikat EHO yang terlibat adalah Grab, Maxim dan Air Asia Ride.


