Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Dairin Unsir membuat kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Keningau, Peter Jonu Moinjil di Pejabat Daerah Keningau hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, Dairin telah memberikan taklimat ringkas berkenaan fungsi dan peranan LPKP Sabah dan seterusnya membincangkan perkara-perkara yang melibatkan kenderaan perdagangan di Keningau.
Turut dibincangkan adalah cadangan penambahbaikan sistem pengangkutan awam di Keningau agar lebih sistematik dan seterusnya memberikan kemudahan kepada penduduk setempat.

