28 JUN 2024- Sesi perbincangan di antara Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Sabah berkenaan pemakaian Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (PIndaan) 2022 berlangsung di Bilik Mesyuarat DOSH Sabah hari ini.
LPKP Sabah mengucapkan terima kasih kepada Pengarah DOSH Sabah, Haji Zulkifly Sulaiman; Timbalan Pengarah (Operasi), Haji Arahman Jamel serta pegawai-pegawai DOSH Sabah yang turut hadir dalam perbincangan tersebut.
LPKP Sabah diwakili oleh Ketua Sektor (Dasar), Boney Joumil serta beberapa orang pegawai kanannya.



