Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah), Dairin Unsir membuat kunjungan hormat kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Dato’ Sri Dr. Haji Sabin Samitah di pejabat beliau pada 15 Julai 2024.
Dalam kunjungan tersebut Sabin telah diberikan taklimat berkenaan pelaksanaan Program Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST) di Kota Kinabalu yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini.



