
2 Februari 2024, Khamis – TAWAU : Seramai 23 pengusaha kenderaan perdagangan di Daerah Tawau telah menyertai Roadshow i-SPKP LPKP Sabah Daerah Tawau.
Roadshow yang diadakan di Jabatan Perkhidmatan Komputer Sabah (Cawangan Tawau), itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengusaha kenderaan perdagangan berkaitan tatacara penggunaan sistem i-SPKP.
Sistem i-SPKP yang dilancarkan pada 24 November 2023 lalu ialah inisiatif pendigitalan bagi memudahkan pengusaha melaksanakan permohonan, pembaharuan serta lain-lain transaksi berkaitan permit tanpa perlu hadir ke Kaunter LPKP Sabah.
Taklimat turut disampaikan oleh Ketua LPKP Sabah Cawangan Tawau, Mohamad Arif Sakka.



