Sebanyak 15 buah kenderaan telah diperiksa (Pembawa A & C, Bas Berhenti-henti, dan Teksi). Hasil pemeriksaan menyaksikan 5 keping notis dikeluarkan atas kesalahan ketidakpatuhan tanda badan serta kegagalan memaparkan jadual tambang dan perjalanan.
Operasi berkala ini bertujuan memastikan semua pengusaha mematuhi peraturan yang ditetapkan demi keselamatan dan keselesaan pengguna.
Operasi diketuai oleh Ketua Cawangan LPKP Sabah Cawangan Tawau, Mohamad Arif Sakka.


