LPKP Sabah Cawangan Tawau telah melakar satu lagi langkah penting dalam memartabatkan integriti perkhidmatan awam melalui Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang berlangsung secara hibrid (fizikal & dalam talian) bermula jam 8.30 pagi tadi.
Program ini turut diserikan dengan ceramah penuh pengisian bertajuk “Rasuah dalam Perkhidmatan Awam” yang disampaikan oleh Ketua Cawangan SPRM Tawau, PPJ Richard, membuka mata dan minda warga LPKP tentang bahaya rasuah yang menghakis nilai amanah dalam pentadbiran.
“Dengan lafaz ikrar yang dilafazkan bersama, kami mengukuhkan iltizam untuk menolak sebarang bentuk rasuah demi perkhidmatan yang telus, berintegriti dan berwibawa.”



