LPKP Sabah, Malaysia Airports dan syarikat e-hailing sepakat untuk memperhalusi pelaksanaan geo-fencing di lapangan terbang di Sabah.
Perkara tersebut dibincangkan menerusi Mesyuarat Penetapan Koordinat Geo-Fencing Di Lapangan-Lapangan Terbang Di Sabah yang diadakan di MAHB Kota Kinabalu hari ini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Dasar dan Perancangan LPKP Sabah, R.M. Luqman Mohamed.



