Jumaat - 23 Jan 2026, 9:44 PM
Cari
New Project 2

PORTAL RASMI

Mesyuarat Penyelarasan Dasar Pelesenan dan Kadar Bayaran Lesen LPKP Sabah dan LPKP Sarawak

KUCHING, 19 Julai – Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, YBrs. Tuan Michael Kong Feng Nian dan Pengerusi LPKP Sabah, YB Puan Vivian Wong Shir Yee telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Penyelarasan Dasar Pelesenan dan Kadar Bayaran Lesen LPKP Sabah dan LPKP Sarawak bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga, pagi tadi.

Mesyuarat anjuran LPKP Sarawak ini bertujuan sebagai platform dan ruang perbincangan bagi penyelarasan semula dasar-dasar pelesenan dan kadar bayaran lesen di antara LPKP Sabah dan LPKP Sarawak.

Terdahulu, rombongan LPKP Sabah yang diketuai oleh Pengerusinya, YB Puan Vivian Wong telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Dato Sri Lee Kim Shin di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya Kuching.

Hadir sama ke mesyuarat penyelarasan tersebut ialah Timbalan Pengerusi LPKP Sabah, YBhg. Datuk Musa Sulaiman; Pengarah LPKP Sabah, Encik Dairin Unsir; Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui; Ahli-Ahli Lembaga LPKP Sarawak, serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak dan LPKP Sabah.

EDSLPELAN_OACP_LPKP_SABAH-1
EDSL
portal rasmi lpkp sabah e1694417656286
notis selenggara myidentity
Kadar Tambang
KERETA SEWA
TANPA HAWA DINGIN BERHAWA DINGIN
RM0.21 / KM RM0.23 / KM
Kadar Tambang
TEKSI LAPANGAN TERBANG MENGGUNAKAN KUPON
KADAR TAMBANG TEKSI LAPANGAN TERBANG
Kadar Tambang
TEKSI
JARAK MASA
RM10 / 3KM PERTAMA RM10 / 9 MINIT PERTAMA
RM0.12 / 100 M BERIKUTNYA RM0.12 / 18 SAAT BERIKUTNYA
Kadar Tambang
Bas Sekolah
MINIMUM MAKSIMUM
JARAK KURANG 5KM – RM34.30 JARAK LEBIH 60 KM – RM137.30
Kadar Tambang
Bas Mini
TANPA HAWA DINGIN BERHAWA DINGIN
RM0.18 / KM RM0.20 /KM
Kadar Tambang
Bas Berhenti-henti