Dalam kunjungan itu, Dairin telah membentangkan fungsi dan peranan LPKP Sabah serta pelaksanaan Program Transformasi Bas Berhenti-Henti Kota Kinabalu (SBST) yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini.
Turut dibincangkan adalah cadangan-cadangan untuk menambahbaik sistem pengangkutan awam di Sabah.
Hadir sama, Timbalan Pengarah LPKP Sabah, Boney Joumil serta Ketua Bahagian Dasar dan Perancangan LPKP Sabah, R.M. Luqman Mohamed.


