Pengusaha kenderaan perdagangan dinasihatkan agar tidak meletakkan kenderaan terbiar di kawasan awam bagi mengelakkan diambil tindakan oleh pihak berwajib dan tidak menganggu lalu lintas.
Bagi memastikan masalah ini tidak berterusan khususnya di Sandakan, Pengerusi LPKP Sabah, Vivian Wong telah turut serta dalam operasi berkaitan bersama LPKP Sabah Cawangan Sandakan, JPJ Cawangan Sandakan, PDRM dan Majlis Perbandaran Sandakan pada 11 Julai 2025.
Operasi dan pemantauan sama akan diadakan secara berkala.



