Sesi Libat Urus Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah) bersama Universiti Malaysia Sabah dan JPJ Negeri Sabah telah diadakan di Bilik Mesyuarat LPKP Sabah, Kota Kinabalu pada 18 Februari 2025.
Sesi yang dipengerusikan oleh Ketua Sektor dan Dasar, LPKP Sabah, Boney Joumil itu bertujuan untuk merangka sistem pengangkutan yang lebih sistematik dan selamat bagi memenuhi keperluan di kampus UMS.



