

Dalam usaha memperkasa perkhidmatan bas sekolah di Sabah, LPKP Sabah telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah hari ini (4 November 2024).
Ketua Sektor Dasar dan Operasi LPKP Sabah, Boney Joumil yang mengetuai rombongan LPKP Sabah berkata, turut dibincangkan adalah isu pengangkutan pelajar sekolah dan cadangan kedua jabatan bagi mengatasi isu ini.
LPKP Sabah merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah atas ruang kerja sama yang diberikan.